✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, March 03, 2011

3rd March 2011

12.15am
Semalam akhirnya aku dapat pergi ke Tesco bersama-sama dengan hubby...Pada planning asalnya, kitorang nak pergi ke Mydin aje tapi hubby kata dia nak tengok barangan kat Tesco....huhuhu naik letih aku tekan clutch bila cari parking,last-last jumpa jugak....Makk aiii....ramai betul manusia di Tesco...Ntah apalah diorang beli sampai naik rimas aku....lepas tue aku daftar jadi ahli kelab Tesco, bolehlah dapat point...Kalau kat Mydin, dapat potongan harga, tapi yang kad warna silver lah...yang warna biru cuma dapat point aje...Bermacam-macam ragam manusia aku dapat tengok, ada yang menjerit-jerit panggil anak, yealah leka dengan permainan yang merambangkan mata....aku pun tak ketinggalan, tapi hubby aku yang beli barang....Kitorang dapat keluar dari Tesco pukul 9.50pm...Fuhhh lega betul dapat keluar, tapi tersengguk-sengguk lah sebab ramai lagi manusia yang nak masuk cari parking sampai ada 7 orang anggota RELA yang menjaga parking.....

1.28pm
Hari nie aku berasa amat seronok sangat bila aku mendapat tahu yang ummie serta adik-adikku bakal akan datang ke rumahku...oh ya! pada 14hb-16hb nie berkemungkinan besar aku akan ke Ipoh untuk berkursus...Matlamat aku pada tahun nie adalah nak cukupkan 7 hari berkursus...Bukannya apa untuk penilaian SKT aku nanti...kemudian pada 9hb-13hb Mei ini aku akan pergi kursus kat INTAN Bukit Kiara,ambik kursus Bahasa Jepun beb!!!hehehe dah lama aku mengidam nak belajar bahasa asing...Bukan setakat Bahasa Jepun aje aku nak ambik, bahasa-bahasa lain pun aku nak belajar, contohnya macam Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Kantonis, Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris (saja nak luaskan pengetahuan)....hehehe Bahasa Inggeris aku nak perluaskan lagi sebab aku rasa Bahasa Inggeris aku kurang lancar....Yang biasa aku dengar berbahasa Inggeris adalah Bahasa Inggeris Amerika, tapi orang kata Bahasa Inggeris British lagi elok bahasanya dari Bahasa Inggeris Amerika...hehehe ntahlah, pendapat setiap orang adalah berbeza-beza...Aku lak takde masalah asalkan aku faham apa yang aku cakapkan dan asalkan orang lain faham apa yang aku nak sampaikan....
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧