Saturday, May 14, 2011

13rd May 2011

Oh tidak! Komputer aku sudah rosak....Semalam aku telefon pada technician ICT dan aku memberitahu tentang masalah komputer aku....Lalu dia pun mengambil hardisk yang rosak dan akan membaiki hardisk dengan secepat mungkin.. tetapi sekarang ini adakah komputer aku sudah dibaiki atau belum? Tidak mengapa,aku akan tunggu.....Semalam ummie telefon dan ummie bertanya kenapa aku sudah lama tidak menelefon ummie....Hurmmm, memang aku sudah lama tidak menghubungi ummie,bukan apa, aku terlupa untuk bertanya berita ummie dan adik beradik aku....Kemudian kami bercakap mengenai ummie hendak pencen dalam jangka masa 2 tahun lagi dan kata ummie pada akhir tahun ini ummie mahu datang ke rumah aku....Ini adalah kerana adik perempuan aku,Azie hendak pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian dia di Mesir.....Aku doakan kejayaan adik perempuan aku ini.....Semoga adik perempuan aku ini akan menamatkan pengajian dengan kejayaan cemerlang....

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧