✿Sahabatku✿

Follow

Monday, May 16, 2011

15th May 2011

Aku minta maaf kerana semalam aku tidak dapat mengemaskini blog aku.... Semalam ibu mertua aku datang ke rumah untuk mengubati sakit anak saudara aku, Ayu....Kami pergi jemput mereka di Ulu Bendul, Kuala Pilah dan aku menjadi driver kereta aku manakala hubby aku pula menjadi driver kereta ayah mertua.....Kami terus pergi ke Pusat Rawatan Islam Darussyifa di Bangi dan kami terpaksa pulang ke rumah semula kerana terlalu ramai pengunjung.....Bila tiba di rumah, aku terus bergegas untuk basuh baju dan aku berdoa semoga hari ini tidak hujan.....Kami pergi semula ke Bangi pada pukul 3 petang dan bila kami sampai,kebetulan pula nama Ayu dipanggil....Setelah selesai, kami pun bertolak pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang dan kami singgah sebentar ke pasaraya Giant di Nilai kerana mahu beli produk Jus Tok Guru.....Pagi tadi aku sempat pergi ke pasar pagi di Pekan Salak Lama untuk beli barang-barang keperluan harian kami..Ibu mertua aku pun ikut sama dan katanya dia mahu beli bunga orkid....hehehe aku sudah dapat meneka kerana setiap kali mereka datang ke Sepang, ibu mertua pasti mahu beli pokok bunga di sini.....


Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧