Thursday, May 19, 2011

18th May 2011

Hari ini boss aku pergi ke Cameron Highland kerana menghadiri mesyuarat pengurusan jabatan peringkat negeri...Hmmm so aku keseorangan dan pada hari ini juga office menjadi sunyi sepi seolah-olah tiada sesiapa yang bekerja...Dan pada hari ini juga aku menerima berita buruk mengenai sahabat aku yang telah meninggal dunia semalam akibat kemalangan jalan raya sewaktu beliau hendak pulang ke Putrajaya dari Jerantut....Al-Fatihah untuk beliau....Kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan dan kita perlu sentiasa mengingati Allah SWT...Hurmmm, sunyi betul office ini dan aku terasa masa berjalan begitu lambat sekali..... Penantian ini memang menyakitkan..... Bila komputer aku akan siap dibaiki? sudah lama rasanya aku tidak membuat kerja dan kepenatan kerja tidak lagi aku alami...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧