✿Sahabatku✿

Follow

Sunday, May 22, 2011

21st May 2011

Hari ini macam biasa aku akan membuat kerja-kerja rumah seperti mana suri rumah yang lain.... Tetapi hari ini cuaca nampak macam tidak begitu baik kerana hari ini agak mendung dan aku berharap agar hujan tidak akan turun sementara baju-baju aku dan hubby sempat kering... Aku fikir hari Isnin ini aku mahu mula semula puasa ganti dan aku berharap agar minggu depan puasa aku akan berganti sepenuhnya....Oh ya!!! Minggu depan ada acara yang gilang gemilang akan berlaku di Putrajaya, iaitu Hari Belia di mana sejuta belia akan berkumpul di sana...Ramai artis terkenal akan datang dan ini termasuk kumpulan popular Korea yang menjadi kegemaran aku iaitu Super Junior M.... Opppsss!! Ini Super Junior M dan bukannya Super Junior... Kalau rakan-rakan mahu tahu, Super Junior memang banyak nama selain mereka berpecah mengikut kumpulan dan paduan suara masing-masing....Contohnya Super Junior yang dianggotai seramai 13 orang (asal) mempunyai paduan suara yang pelbagai dan membawa genre yang pelbagai... Super Junior M pula dianggotai seramai 8 orang dan lebih membawa genre R & B dan pop.... Manakala Super Junior KRY pula dianggotai 3 orang membawa genre R & B...
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧