✿Sahabatku✿

Follow

Monday, May 23, 2011

22nd May 2011

Kejap sahaja hari ini sudah masuk pertengahan bulan Mei.... hanya tinggal 2 bulan lagi kita akan memasuki fasa bulan Ramadhan iaitu bulan yang dinantikan seluruh umat Islam di seluruh dunia.... Bulan yang paling mulia di sisi Allah,bulan yang mudah mendapat pahala dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah... Dan yang paling seronok adalah tahun ini merupakan giliran aku untuk beraya di Terengganu....Alangkah seronok rasa di hati, dapat beraya bersama-sama keluarga yang tersayang serta suami yang tercinta....Tapi apa yang lebih menggembirakan aku adalah aku dan suami akan bercuti ke Cameron Highlands tidak lama lagi... Alangkah seronok rasa di hati ini, dapat berdua-duaan dengan suami aku di dalam kedinginan bukit Cameron Highlands, dapat memetik buah strawberri dan buah anggur.....Abang, sayang sudah tidak sabar untuk ke sana kerana ini adalah pertama kali sayang ke Cameron Highlands...Alangkah bahagianya sayang di sisi abang.. terima kasih kerana menjaga sayang di sisi abang...
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧