✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, May 24, 2011

23rd May 2011

hurmmm...esok gaji akan keluar dan aku sudah mula berkira-kira untuk membayar bil-bil yang biasa aku bayar setiap bulan...Bil astro, bil celcom, bil internet broadband dan bil Indah Water Konsotium.... Tadi aku sempat layari laman web Alaf 21 dan aku tertarik pada beberapa buah buku karya Awang Ramlee Murshid lantas aku membuat pesanan online dan esok aku akan membuat pembayaran melalui internet.... hehehe aku ini sudah menjadi seperti sahabat aku kakak Ayu kerana membeli novel tetapi aku lebih berminat pada novel thriller berbanding novel percintaan...Walaupun pada mungkin pandangan orang lain novel thriller memerlukan pemikiran yang mendalam tetapi bila jalan cerita tersebut membuatkan kita terfikir apa yang akan terjadi seterusnya membuatkan kita membuat andaian kita sendiri mengikut imaginasi kita masing-masing...Hari ini juga hari terakhir aku akan menulis blog kerana internet broadband aku sudah slow untuk menulis blog membuatkan aku menjadi malas untuk menulis blog ini...hehehe maafkan aku kawan-kawan sekalian kerana mungkin dua atau tiga hari lagi kita akan berjumpa lagi Insya Allah dan aku akan cuba untuk membuat report pada kamu semua tentang dunia aku...hehehe jumpa lagi...
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧