✿Sahabatku✿

Follow

Friday, May 27, 2011

26th May 2011

Kenapa manusia sekarang begitu kejam untuk membuat kesalahan besar dalam kehidupan mereka?!! Tidak takutkah mereka akan kematian dan seksaan yang akan menimpa mereka kelak di hari akhirat nanti?!! Manusia sekarang amat kejam !! Sanggup membunuh antara satu sama lain, ibarat nyawa manusia tidak ubah seperti sekeping kertas yang tidak bernilai apa-apa.... Ke mana hilangnya sifat kemanusiaan dan sifat hormat antara satu sama lain?!! Sedangkan haiwan hanya membunuh untuk makanan dan bukannya kepuasan nafsu semata-mata, manusia sekarang adalah melebihi sifat haiwan... Bukankah manusia dijadikan Allah sebagai Khalifah di muka bumi yang indah dan sempurna ini?!! Membunuh adalah satu dosa yang amat besar dalam semua agama dan termasuk agama suci kita iaitu agama Islam.... Islam tidak mengajar kita untuk mencabut nyawa seseorang tanpa usul periksa....Yang lebih menyedihkan adalah kes pembuangan bayi secara berleluasa di kalangan masyarakat kita dan ini amat memalukan bagi kaum Malaysia..... Bayi di buang seperti sampah yang tidak bernilai apa-apa makna pada mereka... Apakah mereka tidak berasa kasihan pada bayi itu setelah mereka mengandungkan bayi itu selama 9 bulan 10 hari? Menjaga bayi itu dengan memberi makan pada bayi itu secara tidak langsung dan menjaga bayi itu dengan sempurna sekali? Setelah bayi itu lihat ke dunia ini, mereka juga berhak untuk berkongsi udara dengan kita..... Kita tidak berhak sama sekali untuk merampas hak mereka... Apa jawapan kita di Padang Masyhar nanti bila kita disoal oleh Allah SWT??? Adakah kita telah bersedia dengan jawapan kita nanti???
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧