Diari harian

Tuesday, May 31, 2011


Assalamualaikum,
Hari ini Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan satu majlis penyerahan Pingat Jasa Bomba kepada semua kakitangan bomba samada uniform atau sokongan... Majlis ini agak meriah dengan kehadiran stesen televisyen RTM dan mungkin akan disiarkan pada waktu malam nanti... Hari ini aku bawa laptop ke office kerana aku ingin menyambung kerja-kerja aku yang agak lama aku tinggalkan... Aku sudah bosan untuk membaca buku novel-novel sampai aku muak melihat novel-novel yang terdapat di perpustakaan aku ini... Oh ya !! Bulan Jun ini adalah bulan kelahiran boss aku dan ummie aku.... Hurrm... Aku hendak bagi hadiah apa pada mereka?!! Kalian ada cadangan?!! Aduh... Pening aku memikirkan pasal hadiah ini... Aku dapat tahu yang sahabat aku Ainon akan bertukar ke Sabah, balik kampung... Nampaknya kurang lagi bilangan kakitangan pentadbiran di cawangan pentadbiran aku... Apa hendak buat, itu sudah rezeki dia untuk balik kampung, setidak-tidaknya dia dapat menjaga kedua ibu dan ayah dia di sana tanpa risau.... kalau dia tinggal di sini, susah juga untuk balik ke sana, hendak fikir tiket penerbangan lagi, tambang bot lagi, tambang itu, tambang ini, belanja itu, belanja ini.... Hmm...

2 comments

  1. saya tk mampu nak bgi hadiah berupa bentuk wang..tpi sye hanya mampu doakan je..insha Allah

    ReplyDelete
  2. Semua ada hikmah. Seronoklah Ainon sebab kampung sudah dekat.
    Macam saya kampung pun dekat, tiap-tiap minggu boleh balik.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧