✿Sahabatku✿

Follow

Sunday, June 19, 2011

18th June 2011

Minta maaf pada semua kerana aku tidak dapat mengemaskini blog aku ini... Ini adalah kerana 2 hari lepas aku MC kerana senggugut yang amat teruk sekali sampai aku tidak boleh bergerak atau bangun dari katil... Memang rasa terseksa dan mungkin masa melahirkan anak aku nanti sakitnya mungkin seiras dengan senggugut... Sudah agak lama aku tidak diserang senggugut dan pada hari Khamis itu memang terasa amat sakit hingga membuatkan aku menangis teresak-esak kerana menahan kesakitan.... Oh ya! aku sudah pergi mengambil cek dari Sriera Development Sdn Bhd dan  aku sudah masukkan dalam akaun bank aku... Dan tadi berlaku sejarah apabila aku dan suami pergi ke bank CIMB untuk menukar duit syiling...Kami pergi ke KLIA kerana di sana bank CIMB dan semua bank telah dibuka untuk perkhidmatan meskipun pada hari Sabtu dan Ahad.... Memang berat duit syiling yang suami aku kumpulkan sejak awal tahun ini dan kami jangka akan mendapat sebanyak RM300 untuk duit syiling yang dia simpan.... Tapi yang paling best dalam cerita ini adalah kami tidak pergi ke kaunter untuk menukar duit syiling, tetapi sebaliknya kami pergi ke mesin deposit duit yang boleh dimasukkan syiling juga... Mesin deposit yang dimiliki oleh CIMB adalah yang pertama sekali di Malaysia dan aku begitu kagum dengan kecanggihan teknologi masakini... Ini kali pertama kami melihat mesin deposit duit syiling dan bila kami masukkan duit syiling dalam mesin itu, kedengaran bunyi yang amat bising sekali kerana syiling syiling itu berlaga sesama sendiri dan ini menarik perhatian kepada manusia yang lalu lalang dekat situ... Syiling yang kami masukkan begitu banyak sampai berlaku kerosakan pada mesin itu menyebabkan kerja kami tergendala... Mujur juga ada kakitangan bank itu sedia membantu dan membaiki mesin itu...Ingatkan rosak betul tetapi yang sebenarnya duit syiling dalam mesin itu telah penuh hadnya...Laaa.. Patutlah duit kami tidak dapat masuk tetapi kami berdua sabar menunggu sementara mereka membaiki mesin itu dan akhirnya kami dapat memasukkan duit syiling itu ke dalam mesin tersebut....Kemudian aku hantar suami balik ke rumah dan aku mahu singgah sebentar ke pasaraya Giant untuk membeli ikan salmon kegemaran aku...
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧