✿Sahabatku✿

Follow

Monday, June 20, 2011

20th June 2011

Hari ini boss aku tiada di office kerana menghadiri mesyuarat perpustakaan di Gambang Resort, Pahang... Boss aku pergi ke sana selama tiga hari dan nampak gayanya aku keseorangan lagi, ewahhh...Macamlah aku ini baik sangat, walhal aku pun baru masuk office hari ini berikutan MC 2 hari....hurmm hendak buat macam mana, memang kesihatan aku kurang sihat sedikit.... Bila balik dari office, aku singgah ke KLIA untuk mengambil sample kapal layar yang hubby aku belikan...Ishh..ishh...mana hendak diletakkan kapal itu yea dan boleh muatkah kapal itu untuk dimasukkan ke dalam kereta...Hmmm tak mungkin besar sangat kapal itu kan... Hehehe tidak mengapa, kita tunggu kemunculannya petang nanti... Hmm apa agaknya anak-anak kucing aku buat yea?!! oh ya! lupa mahu beritahu, aku sebenarnya mempunyai anak kucing yang comel dan emak kucing itu sudah tentu si Tupai... Tapi sudah seminggu Tupai tidak pulang ke rumah.. Sakitkah dia atau sudah menjadi bangkai kah? aku pun tidak pasti, pada mulanya anak kucing aku mengiau kelaparan susu tetapi sekarang ini mereka tidak lagi lapar susu tetapi sekarang ini mereka sudah mula makan biskut kucing....Memang berselera betul tengok mereka makan... untuk sementara waktu,aku mengurung mereka di dalam sangkar dan bila sudah besar sedikit, aku akan lepaskan, tapi jangan pula kalian sangka aku mengurung mereka setiap masa...Aku cuma mengurung mereka pada waktu malam sahaja dan bila waktu pagi sebelum aku pergi kerja aku akan lepaskan mereka.... Mereka biasanya akan bermain di bawah rimbunan pokok serai dan batang pisang untuk memanjat, sampai lunyai pokok pisang itu mereka kerjakan... Anak kucing aku ada 4 ekor (3 jantan, 1 betina)... Nama yang aku bagi cukup mudah diingat iaitu Putih, Koko, Ajang dan Kecik...hehehehe.... Mereka memang rapat dengan aku sampaikan mereka serbu ke pintu dapur bila mereka mendengar (agak aku) aku buka pintu... Macam biasa mereka akan mengiau minta makanan dan sesudah itu mereka akan bermain-main di sekitar rumah... Aku bersyukur kerana mereka tidak membuang najis di rumah jiran-jiran dan mereka membuang najis mereka di longkang aku... Hmmm nasib baik juga kalau tidak susah juga aku mahu basuh najis mereka itu sekiranya mereka membuang di sekitar rumah jiran... Anak kucing aku mandikan seminggu sekali untuk mengelakkan dari terkena kutu dan setakat ini Al-Hamdulillah tiada penyakit kutu menyerang anak kucing aku....
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧