✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, June 22, 2011

22nd June 2011

Hurmm...Komputer aku masih rosak lagi...Tadi aku sudah call supplier sistem library aku dan mereka sudah boleh membaiki. Mereka meminta aku membuat temujanji  dan nasib baik aku teringat tentang rancangan aku dan pegawai aku untuk pergi kursus.Lantas aku beritahu mereka yang mereka perlu datang 2 minggu lagi kerana aku dan pegawai aku akan pergi kursus secara serentak. Aku perlu mengikuti kursus Basic Communication In Japanese di INTAN Jalan Elmu manakala pegawai aku pula perlu mengikuti kursus Jati Diri di Tasik Chini. Aku perlu ikut kursus ini selama seminggu dan ini menyebabkan aku berdebar-debar,dalam hati aku bertanya sama ada aku dapat ikuti atau tidak kursus ini? hmmm.... Aku memang ingin sekali mengikuti kursus-kursus bahasa asing selain dari bahasa ibunda dan bahasa Inggeris seperti bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Korea, Kantonis dan Mandarin. Aku sememangnya amat berminat untuk mengikuti kursus-kursus ini selain kursus yang melibatkan bidang pustakawan aku ini... Harap aku dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya... Oh ya! terlupa pula pada laporan cuaca aku pada hari ini, maaf.. Cuaca hari ini dan kebelakangan ini agak panas sedikit dan hujan tidak turun... tetapi bagus juga sebab minggu ini aku dapat membasuh baju aku,rutin seminggu aku...hehehe
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧