Friday, June 03, 2011

2nd June 2011

Hari ini merupakan hari kedua untuk bulan Jun tahun 2011 dan aku berasa amat bersyukur kerana dapat bernafas untuk sehari lagi di bumi Allah yang indah ini.... Minggu lepas aku ada menempah filem baru di Atsro First iaitu filem 'Kongsi' lakonan Sam Shaheizy,Putri Mardiana, Azad Jasmin, Pak Piee, Norliana Samsudin dan Fizo Omar.Filem ini adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan. ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu. ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik. Jalan filem ini memang bagus dari segi lakonan para pelakon dan jalan ceritanya walaupun watak watak polis agak hambar sedikit jika dibandingkan dengan watak utama iaitu Tumulak... hehehe pada mulanya aku fikir Tumulak ini sememangnya pembunuh upahan yang memang high class tetapi agak kelakar kerana rahsia Tumulak yang sebenar iaitu tidak tahu menggunakan senjata api amat menggelikan hati aku dan suami....


Memang rugi pada sesiapa yang belum menonton !!!

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧