✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, June 09, 2011

8th June 2011

Semalam aku dan pegawai  pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk membuat pinjaman buku secara berkelompok. Kami pergi ke sana pada pukul 9.00 pagi dan nasib kami baik kerana kami tidak terkandas dalam kesesakan lalulintas yang sememangnya kami sedia maklum... Kami sampai di Perpustakaan Negara Malaysia pada pukul 9.30 pagi dan kami bersarapan di sana... Bila sudah kenyang, kami pun bergerak ke Wisma Sejarah bersebelahan dengan Perpustakaan Negara Malaysia di mana bahagian pinjaman buku ditempatkan... Pada mulanya aku dan pegawai memilih buku-buku yang berilmiah sedikit tetapi lama kelamaan kami menjadi letih dan kami mengambil apa sahaja tajuk buku yang bersesuaian..Hasilnya kami dapat mengumpul 230 buah buku untuk dipinjam dan kami harus pulangkan semula buku-buku itu dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh pinjaman.... Ada lebih kurang 2 kotak untuk diangkut balik ke Putrajaya dan pemandu kami iaitu Abang Mizan telah sudi mengangkat kotak itu untuk diletakkan ke dalam bonet kereta.... Kami selesai membuat pinjaman pada pukul 12.30 tengahari dan semasa dalam perjalanan pulang, aku menerima panggilan telefon dari Takasima Sdn Bhd dan mereka mahu menghantar barang pesanan aku ke rumah hari ini.. Apa lagi, kelam kabut juga aku disebabkan perkara itu... Aku minta kebenaran untuk balik ke rumah dan aku bernasib malang pada hari itu... Ini kerana dalam kelam kabut tadi juga aku tertinggal telefon bimbit aku di office dan aku terpaksa meminjam telefon bimbit kepunyaan jiran aku, Ila... Aku menelefon suami aku untuk memberitahu situasi aku dan aku meminta suami menelefon pemandu Takasima supaya datang ke rumah... Dalam 10 minit kemudian, van Takasima pun sampai dan aku pun bergegas pulang ke rumah yang jaraknya dalam 10 langkah sahaja.... Mereka mula memasang barangan Takasima dan aku membuat bayaran kepada mereka secara tunai....Kemudian, bila mereka pulang, aku bergegas ke dapur untuk makan tengahari kerana aku tidak sempat menjamah nasi yang aku beli di kantin Perpustakaan Negara Malaysia... Kemudian, aku pergi mandi dan segarkan badan aku ini dan aku kembali ke office pada pukul 3.30 petang dan aku sampai ke office dalam masa 25 minit.... Kemudian aku pulang ke rumah agak lewat sedikit bagi mengganti masa yang aku tinggalkan office tengahari tadi....Pada malamnya aku pun mencuba barangan Takasima....
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧