✿Sahabatku✿

Follow

Monday, July 25, 2011

Continues ---->Cameron Highlands

Suasana pagi di Cameron Highlands sememangnya sejuk menggeletar sampai ke tulang sehingga menyebabkan aku terpaksa mandi air panas sekali lagi bagi mengurangkan rasa sejuk di badan aku...Hubby pun begitu juga sehingga dia terpaksa memakai baju sejuk...Acara pada pagi kami adalah pergi ke gerai makanan untuk sarapan pagi... Dan menu pada pagi ini adalah nasi lemak ayam berempah...Kemudian kami ke taman rama-rama untuk melihat pelbagai jenis rama-rama yang terdapat di Cameron Highlands...Lepas tengok rama-rama kami ke ladang teh Cameron Valley dan kami membeli pelbagai jenis teh berperisa untuk dibawa balik ke Sepang...hehehe memang seronok sekali sehingga kami tidak sedar petang menjelma...Kemudian kami bergerak ke Tanah Rata untuk menikmati makan malam dan aku tertarik dengan menu minuman yang terdapat di gerai makanan..Air jus strawberi... yumm...yumm...Aku pun mencuba jus tersebut dan rasanya wowwww.... memang sedap dan hubby berebut dengan aku untuk minum jus strawberi sebab dia cuma pesan teh ais saja.....Kemudian kami pulang ke rumah penginapan kerana penat sudah menguasai badan kami dan suasana malam di Cameron Highlands amat sejuk sekali...Tentu kamu semua hairan kenapa aku boleh mengemaskini blog aku ini kan... sebenarnya aku dapat wi-fi percuma di sini dan sebab itulah aku dapat mengemaskini blog dan gambar untuk tatapan kamu semua... hehehe itulah bagusnya...Okay, ini adalah gambar untuk tatapan hari ini.... Enjoy it !


Sedang menikmati air jus strawberi...


Berhampiran dengan taman strawberi...


Hubby jealous sebab aku saja yang mengambil gambar, so dia pun mahu ambil gambar juga...Memang kuat dengki hubby aku ini....

Bunga ini ada ditanam di rumah aku tetapi tidak sebesar ini..huhuhu jealous betul..

Apa agaknya hubby aku pandang?!!

Posing dengan bunga yang cantik...


Pasangan paling bahagia... Nazeri vs Shikin....

Aduh, cepatlah ambil gambar cik abang oiii...Sudah lenguh duduk begini....

Bunga ini pertama kali aku melihat...memang besar dan cantik...

Alamak!! Ini air terjun buatan ke atau air longkang??? hehehe

Ambil gambar bersama dengan rama-rama comel di samping dengan bunga tahi ayam....hehehehe

Hubby cuba berbaik-baik dengan rama-rama.... Katanya dia dan rama-rama itu kawan....hehehe

Di dalam Taman Rama-Rama...Bayar RM5 seorang...

Ini adalah sarapan pagi kami..Nasi lemak ayam berempah... Hmm.. Sedap !!!

Jus strawberi yang pertama kali aku mencuba.... memang TERBAIK !!!

Posing sementara menunggu hubby isi minyak kereta....

Ini dekat tempat duduk ladang teh Cameron Valley....

Haaa.. Sayang jangan jealous yea....

Wajah kesayangan hamba....

Wajah kesayangan hamba....

Baik-baik Sayang...Nanti jatuh nanti...

Penatlah berjalan-jalan...Rehat sebentar bersama Kit Kat....

Ada saja rama-rama ini....

Alamak ! Kenapa rama-rama ini memandang pada aku?!!

hehehe tengok...Sayang pun boleh jadi kawan pada rama-rama ini... Bukan abang seorang saja tau....

Dua merpati sejoli...hehehe best dapat berjalan-jalan dengan hubby tercinta....

Bunga raya yang memang besar yang pernah aku lihat seumur hidup aku....

Di hadapan ladang teh Cameron Valley....

 " Sayang, kita boleh petik ke teh ini? "

Jauh perjalanan luas pemandangan....

Abang mahu petiklah teh ini...

Baru kami perasan, baju yang kami pakai hampir sama warna....Sepasang....

Wajah hubby ketika kekenyangan....



Pintu gerbang ladang teh Cameron Valley.....
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧