✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, July 27, 2011

Continues --------> Cameron Highlands

Hari ini adalah hari terakhir kami di Cameron Highlands tapi apa boleh buat... Insya Allah jika ada rezeki yang lebih kami akan datang ke sini lagi untuk bercuti... Aku dan hubby sempat singgah di Kea Farm untuk kali terakhir untuk membeli sayur-sayuran untuk dibawa balik ke rumah... Hubby cakap yang kami tidak payah ke pasar tani untuk membeli sayur memandangkan di situ harga sayur agak murah jika dibandingkan dengan harga sayur di Sepang.... Hubby membeli sayur sebanyak RM20 untuk 10 bungkus pelbagai jenis sayur...Kami bertolak dari Cameron Highlands pada pukul 10.30 pagi dan kami sampai ke rumah pada pukul 2.30 petang...Al-Hamdulillah semuanya selamat sampai dan esok aku akan memulakan tugas aku semula..Aku perlu mengumpul cuti bagi membuat persiapan perkahwinan kedua-dua adik kesayangan pada hujung tahun ini... Malam ini aku akan membasuh pakaian kerana esok hubby masih lagi dalam mood cuti dan dia perlu menyidai baju pada esok hari kerana aku tahu yang dia akan terlupa untuk membasuh pakaian yang banyak setelah kami pulang bercuti....Tadi hubby memasak cempedak goreng dan jagung rebus untuk hidangan malam kami kerana kami tidak berasa lapar untuk menikmati nasi.... Hubby kata dia terlalu kenyang lantaran sepanjang perjalanan pulang ke rumah dia menghidu bau cempedak dan jagung... hehehe....


Di hadapan pintu Rumah Penginapan Persekutuan Cameron Highlands....

Berat rasa di hati untuk meninggalkan Cameron Highlands... Selamat tinggal Cameron, Insya Allah kita akan bersua lagi.....
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧