✿Sahabatku✿

Follow

Friday, July 08, 2011

8th July 2011

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari...Hari ini aku dapat mengemaskini blog aku setelah sekian lama tidak dikemaskini... Tadi aku menonton movie 'KL Gangster' arahan Syamsul Yusof dan memang movie itu terbaik yang pernah ditayangkan... Pada mulanya aku ingin menempah tayangan di Astro First tetapi hubby suruh menonton di Youtube dan aku bagi 5 bintang untuk movie itu.... Sekarang ini aku tengah menonton cerita 'Enchanted' walaupun jam menunjukkan 1.26 pagi, tetapi sudah menjadi kebiasaan aku bila waktu cuti,aku akan tidur agak lewat sedikit dari kebiasaan...Movie 'Enchanted' ini best juga dan aku pernah dengar movie ini tidak begitu memberangsangkan dari segi kutipan.... ianya muzikal movie dan diambil dari cerita Snow White....Lapar pula perut aku ini...Bak kata orang Jepun 'Watashi wa peko peko desu'...hehehe... Cuaca hari ini mendung dan mula menampakkan tanda-tanda mahu hujan kerana sejak dari pagi, cuaca mendung....Petang tadi aku membeli char kuew tiau untuk aku dan hubby... Rasanya agak sedap dan hubby pun suka makan....Sejak dua tiga hari ini aku hampir-hampir terlambat untuk pergi kerja kerana ada road block di Putrajaya dan aku berjaya mengelak dari kesesakan lalulintas akibat road block.... Hmmm aku dengar berita tadi yang Polis DiRaja Malaysia memberi arahan untuk tidak masuk ke KL pada esok hari dan lusa...Aku sememangnya tidak minat sangat untuk masuk politik dan aku langsung tidak ambil peduli pasal politik....sakit kepala wooo....
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧