✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, August 11, 2011

11st August 2011

Sejuk betul suasana di dalam office aku... Hingga kebas rasa pada tangan dan kaki, memaksa aku keluar sebentar untuk memanaskan badan aku....Udara yang segar dan matahari menyinar membuatkan aku berasa selesa sekejap... Petang tadi ummie aku telefon dan kami saling bertanya khabar... Aku meminta ummie masak nasi dagang pada hari raya nanti tapi ummie kata yang dia tidak boleh buat nasi dagang memandangkan pada hari raya kami akan bertandang ke rumah sanak saudara... kemudian ummie memberitahu yang dia sudah beli beras pulut hitam untuk dimasak bubur dan aku sememangnya gemarkan bubur pulut hitam amat gembira mendengarnya... Ini membuatkan aku teringat yang bubur pulut hitam yang dimasak di tempat lain tidak sama rasa dengan ummie masak... hehehe... Cuaca pula amat baik dan di kesempatan itu,aku kerap duduk di luar untuk memanaskan badan aku kerana kesejukan...  Hari ini sudah masuk hari ke 11 kita berpuasa dan semakin menghampiri malam Lailatul Qadar... Mungkin malam esok aku dan hubby akan ke masjid untuk menunaikan solat terawih... Hari ini sudah hampir 2 minggu aku minum air buah kokka dan aku perasan yang stamina badan aku semakin kuat.... hehehe mungkin betul, atau mungkin juga tidak betul... Oh ya! menu buka puasa pada hari ini adalah nasi kerabu bersama-sama dengan daging bakar dan ayam masak merah.. Manakala air minuman yang aku beli adalah air 3 rasa...Entah...aku pun tidak tahu bagaimana rasanya..Sama-samalah kita tunggu yea... Pagi tadi kami bersahur nasi putih dan ikan masak kicap... hehehe pagi-pagi yang serba indah ini memang sesuai makan nasi putih dengan ikan masak kicap...Memang berselera betul... Hari Khamis membawa rahmat walaupun pada hakikatnya kesemua hari membawa rahmat...





Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧