✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, August 16, 2011

16th August 2011

Al-Hamdulillah, hari ini aku dapat kembali bertugas seperti biasa walaupun kadang kala sakit itu datang hanya sekejap... Tapi Al-Hamdulillah aku masih dapat bertahan hingga waktu balik dari kerja... Hari ini merupakan hari ke 16 kita berpuasa dan esok merupakan Hari Nuzul Al-Quran... hubby cakap yang Selangor akan cuti umum esok walhal aku pula kena bekerja... huhu... Tapi tidak mengapa... Aku masih ada banyak lagi cuti rehat dan aku akan apply cuti rehat bila diperlukan nanti... Oh ya! Sebut pasal cuti rehat, aku sudah pun mengisi online HRMIS mengenai cuti hari raya aku dan ramai juga kakitangan di office aku sudah mengisi online HRMIS dan juga borang cuti... Maklumlah, cuti raya kali ini agak meriah sedikit.... Bila hari raya sudah dekat, aku teringat di zaman sekolah aku, apa khabar agaknya rakan-rakan kelas aku dahulu? Adakah mereka semua sudah berjaya dalam hidup mereka? Aku harap yang semua rakan-rakan perjuangan aku akan berjaya dalam kehidupan.... Teringat semasa kami sama-sama belajar di dalam kelas yang terkenal dengan membuat bising.... Kadang-kadang aku geli hati bila teringat gelagat kami semasa cikgu mengajar di dalam kelas... Jikalau kelas Prinsip Akaun, masing-masing akan diam dan tidak bercakap sepatah pun kerana cikgu kelas Prinsip Akaun terkenal dengan sifat garang beliau...Jikalau kelas Agama Islam pula, masing-masing lebih suka membuat hal sendiri dan membuat bising hingga Ustazah yang mengajar kami merajuk dan terus masuk ke dalam bilik guru... Kami panik seketika pada masa itu dan ini memaksa aku dan ketua kelas pergi memujuk dan kami meminta maaf pada Ustazah berkenaan supaya beliau masuk semula ke dalam kelas dan mengajar kami semua.... Jikalau kelas Sains pula, sekiranya kerja sekolah kami tidak lengkap, cikgu yang mengajar akan membaling buku kerja kami keluar dari makmal dan kami mengutip kembali buku tersebut tanpa ada rasa dendam di dalam hati.... Jikalau kelas Matematik pula kami akan berasa seronok kerana cikgu yang mengajar akan membantu kami meyelesaikan masalah matematik kami... Jikalau kelas Pendidikan Seni pula, kami akan beratur dan berjalan beriringan untuk ke kelas Pendidikan Seni yang terletak antara 2 blok bangunan sekolah kami... Kawasan itu agak sunyi dan ianya amat sesuai untuk dijadikan aspirasi bagi yang pandai melukis.... Kelas Ekonomi Asas pula, cikgu kami suka mengumpul markah terendah kami setiap bulan... Dan sekiranya kami mendapat markah terendah sebanyak 3 kali berturut-turut, kami akan berjalan keliling blok bangunan sekolah sambil digantung leher kami mengatakan " SAYA GAGAL DALAM KELAS EKONOMI ASAS".....Kelas Bahasa Inggeris kami pula, aku dikelilingi dengan rakan-rakan lelaki untuk bertanyakan tentang Bahasa Inggeris memandangkan cuma aku dan seorang lagi rakan aku yang faham makna bahasa Inggeris... Kadang-Kadang aku dan rakan akan bersaing sesama sendiri untuk melihat markah siapa yang paling tinggi....hehehe... Kelas Bahasa Melayu yang paling konsisten dengan kami kerana kami semua memberi tumpuan pada kelas itu.... Semua itu adalah pengajaran buat kami dan tengok sekarang ini... Ramai di antara kami telah berjaya dalam hidup dan berbahagia dengan kehidupan kami..... Kami tidak pernah ada rasa dendam kepada guru-guru yang banyak membimbing kami untuk berjaya walaupun pelbagai hukuman yang pernah kami kena... Zaman sekarang ini, bukan pelajar yang takut pada cikgu, sebaliknya cikgu pula takut pada pelajar... Dulu aku pun pernah kena rotan jika aku bersalah atau tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberi tetapi tiada sekelumit kuman pun rasa dendam pada cikgu aku... Malah aku AMAT BERTERIMA KASIH kepada cikgu yang mengajar aku tentang kehidupan dan kini aku telah berjaya mendapat kerja yang begitu bagus sekali.... Aku rasa amat bersyukur sekali dengan nikmat Allah berikan pada aku....



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧