✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, August 23, 2011

23rd August 2011

Al-Hamdulillah, sudah 23 hari kita berpuasa dan aku masih diberi peluang untuk bernafas lagi pada hari ini.... Tinggal 2 hari saja lagi kami akan menyambut hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4... Syukur Al-Hamdulillah kerana rumahtangga yang kami bina ini masih kukuh dan utuh lagi dan Insya Allah akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.... Lagi 2 hari juga adik perempuan aku akan pulang ke tanahair setelah berjaya ke menara gading.... Dan tinggal 3 hari lagi untuk kami pulang ke kampung untuk beraya di sana... Wahhh seronok rasanya bila dapat berkumpul dengan keluarga... Al-Hamdulillah kereta aku sudah siap diperbaiki dan esok aku akan menaiki kereta semula untuk ke tempat kerja... Hmmm... Nasib baik kereta itu tidak banyak ada kerosakan dan hubby pun telah membuat servis alignment tayar petang tadi... Tetapi selepas raya ini hubby perlu membuat servis sekali lagi untuk membaiki gearbox... Jadi hari ini aku tidak memasak lantaran selepas hubby mengambil aku di stesen ERL Salak Tinggi, hubby mengajak aku pergi ke KLIA untuk ke tempat kerjanya... Sebelum itu, kami sempat membeli juadah untuk berbuka puasa iaitu nasi tomato, bihun sup,puding gula hangus, popia dan air cendol.... Tapi aku tidak ada selera hendak makan nasi, aku cuma menjamah sedikit kuih popia dan puding gula hangus.... hehehe mungkin ada kesan sampingan kerana aku memakai bengkung untuk turunkan berat badan dan tadi aku timbang...Berat aku sudah menurun sebanyak 2kg dan aku harap aku dapat turunkan lagi berat badan aku... Petang tadi semasa aku hendak balik naik tren ERL aku dapati ramai juga kakitangan kerajaan yang balik menggunakan ERL....Selalunya kalau bulan biasa, tidak ramai menggunakannya kerana masing-masing balik pukul 5 petang tetapi disebabkan bulan puasa, ramai yang mengambil waktu bekerja WP1 iaitu bermula kerja dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.... Aku memang dari awal tahun hingga sekarang aku mengambil waktu bekerja WP1 sebab senang sedikit balik waktu itu... Jalan pun tidak sesak dan aku sempat menyiapkan juadah petang untuk hubby... Dia pula balik kerja pada pukul 5 petang tetapi di bulan puasa ini, dia akan pulang pada pukul 4 petang....Kiranya awal satu jam dari masa biasa.... Apa-apa pun mata aku sudah mengantuk dan aku perlu masuk tidur sebab aku perlu bangun awal iaitu pada pukul 4 pagi untuk menyiapkan hidangan sahur....



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧