✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, September 14, 2011

14th September 2011

Al-Hamdulillah kesihatan aku semakin baik hari ini dan aku dapat bertugas seperti biasa... Rindu aku pada library ini tidak dapat dibendung lagi dan sememangnya aku berasa bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa...Opss! Sebenarnya banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah tetapi bila penyakit malas itu datang, susah mahu buat kerja...Aku pernah bagitahu pada episod yang lepas pasal kenduri kahwin dan rumah terbuka jiran aku, bukankah begitu?!! Okey, pada malam Sabtu lepas,iaitu pada hari Jumaat, jiran aku yang duduk di bahagian lot tepi telah membuat rumah terbuka,dia buat majlis itu waktu petang hingga malam memandangkan ramai di kalangan jiran bekerja pada hari itu dan ini termasuk kami... Aku dan hubby pergi ke rumah terbuka pada pukul 8 malam dan kami pergi bersama-sama dengan rakan aku yang merupakan jiran aku juga, kakak Noorhan dan hubby... Secara kebetulan jiran selang dua buah rumah aku pula akan membuat kenduri kahwin untuk anak perempuan dia pada hari esok, jadi taman perumahan aku agak meriah jika dibandingkan dengan tahun lepas.... Selesai makan dan bersembang dengan tuan rumah, kami pun pulang ke rumah dan hubby Kakak Noorhan kata dia mahu bersembang dan menolong apa yang patut untuk kenduri kahwin esok... Manakala kakak Noorhan pula mahu singgah ke rumah aku... Hubby aku pula mahu ke tempat kerja kerana ada kerja yang perlu diselesaikan... Nasib baik aku ada teman berbual dan kami banyak bercerita tentang diri masing-masing, tentang kerjaya masing-masing dan tentang kehidupan masing-masing... Kakak Noorhan pulang ke rumah pada pukul 11 malam dan aku masih menunggu hubby pulang dari kerja... Dia pulang ke rumah pada pukul 11.30 malam dan nasib baik kerana hari esok adalah hari cuti... Kemudian pada hari esok iaitu hari Sabtu jiran kedua aku pula membuat kenduri kahwin dan kami pun turut serta di dalam majlis itu... Tetapi malang tidak berbau kerana hujan turun pada hari itu dan aku pula tidak dapat membasuh semua pakaian kami... Lebih malang lagi aku mengalami pertumbuhan gigi geraham yang bongsu dan menyebabkan gusi aku menjadi bengkak... Pada hari Sabtu itu juga di rumah aku di Terengganu berlangsung majlis pertunangan adik perempuan aku dan aku tidak dapat pulang ke rumah lantaran hari bekerja dan tiket flight semua sudah penuh dan tiada kekosongan... huhuhu terasa hati aku ini sedih dan pilu sebab tidak dapat pulang ke rumah untuk menolong ummie dalam menangani kenduri pertunangan... Okey, kita tinggalkan cerita sedih ini, kita akan beralih cerita gembira... Hari Ahad lepas, aku dan hubby telah pergi ke rumah bapa saudara aku kerana dia membuat rumah terbuka dan sebelum kami pergi ke sana, kami singgah ke rumah ibu saudara aku di Sungai Ramal Dalam untuk mengambil mesin jahit yang dia jual kepada aku... Kemudian kami pergi ke Taman Melawati pada pukul 3.30 petang dan kami sampai ke sana dalam pukul 4.30 petang kerana jalan mengalami kesesakan yang teruk... Sekali lagi malang menimpa pada diri aku kerana gusi aku semakin membengkak dan aku tidak dapat membuka luas mulut aku untuk makan... Aku terpaksa makan benda-benda yang lembut bagi mengelakkan aku mengunyah makanan keras... Setelah bersembang dengan mereka, kami pulang ke rumah dalam pukul 6.00 petang dan kami selamat sampai ke rumah dalam pukul 7.10 malam... Pada esok hari, aku mendapat MC lantaran gusi aku semakin membengkak dan bernanah sehingga doktor terpaksa memecahkan nanah tersebut... Geli pula rasa di hati dan doktor gigi kata jika perkara ini berlarutan, aku perlu menjalani pembedahan kecil bagi membuang gigi geraham bongsu itu untuk mengelakkan sakit... Itulah cerita aku sejak 2 dan 3 hari ini...



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧