✿Sahabatku✿

Follow

Monday, August 29, 2011

29th August 2011

Yeaaaa...yeaaa.....Esok hari raya..Seronoknya rasa di hati... Pengumuman telah diumumkan sebentar tadi di tv... Bunyi meriam dan bunga api semakin menjadi-jadi di kawasan perumahan kami menandakan tamatnya Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal menjelma pada hari esok.... Seronok betul rasanya hari ini, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"  kepada semua rakan-rakan.. Berhati-hati ketika memandu dan hargailah nyawa anda... Hari ini aku bersama-sama dengan hubby dan adik-adik berbuka puasa dengan abah di Kampung Losong... Tetapi dua orang adik aku tidak pergi kerana ingin menemani ummie berbuka puasa... Hari ini juga merupakan hari ke 29 dan hari terakhir kita berpuasa.... Abah aku membuat laksa sebagai hidangan berbuka puasa dan ini sungguh menyelerakan...Aku sudah lama tidak berjumpa dengan laksa asli Terengganu dan aku tidak pernah membuat laksa sepanjang aku tinggal di Sepang..  Bukannya apa, harga ikan di Sepang agak terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga ikan di Terengganu... Nanti... Satu hari nanti aku akan membuat laksa untuk hidangan hubby... Kami singgah di rumah abah selama 3 jam dan kami menunaikan solat maghrib dan solat isya' secara berjemaah... Memang syahdu betul di malam raya ini... Dentuman bunga api dan meriam semakin menjadi-jadi dan aku sering berasa terperanjat kerana dentuman meriam yang begitu kuat sekali... Esok kena bangun awal kerana aku perlu menggosok pakaian kami.... Okey, aku mahu masuk tidur dahulu... Jumpa lagi...

Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧