✿Sahabatku✿

Follow

Friday, September 02, 2011

2nd September 2011

Hari Jumaat bersamaan 4 Syawal 1432H.... Terasa segar betul pada pagi tadi lantaran segala kepenatan telah hilang setelah tidur... Hubby telah pergi kerja tetapi kedengaran bunyi motor petanda dia telah balik semula...hehehe aku sudah dapat agaka apa yang berlaku... Memang hari raya ketiga tidak ramai yang bekerja apa lagi, sesiapa yang bekerja sudah lari balik ke rumah semula... hehehe bagus juga hubby balik, boleh aku mengajak dia ke pasaraya Giant untuk membeli kelengkapan dapur sedikit... Pakaian aku telah cuci tetapi esok ada 3 lagi trip untuk dicuci.. Hari ini 3 trip aku sudah cuci dan ampaian aku tidak mencukupi untuk 6 trip pakaian...isshh..isshh... Itu belum ada anak lagi, kalau ada anak kelak, aku mungkin mencuci pakaian selang 2 hari... Laman belakang aku sudah menjadi seperti kedai bundle pakaian pula kerana banyak pakaian bergantung di sekeliling pagar rumah aku... hehehe.... Sampai sakit pinggang aku dibuatnya kerana terlalu banyak pakaian dicuci...oh ya!! Akhirnya aku dapat membeli ikan salmon kegemaran kami dan kali ini aku membeli sebanyak 8 potongan ikan salmon dan harganya pun murah... Hubby pun membeli kelengkapan dapur untuk abang ipar aku kerana abang ipar aku telah memesan supaya meminta hubby membeli kelengkapan dapur... 

Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧