✿Sahabatku✿

Follow

Sunday, September 04, 2011

4th September 2011

Aduh !! Panas betul rasa badan aku ini, mungkin aku demam... Rasa bahang panas dalam badan aku ini amat kuat dalam masa yang sama aku berasa amat sejuk sekali hingga aku terpaksa memakai jaket tebal untuk mengurangkan rasa sejuk...hari ini aku memasak daging rusa masak kicap yang sepatutnya aku panggang daging rusa itu dan dicicah dengan sos lada hitam tetapi malangnya sos lada hitam aku terlupa untuk membeli, akhirnya daging masak kicap juga aku buat... hehehe... Mana aku dapat daging rusa? Sebenarnya aku memesan daging rusa minggu lepas, sehari sebelum balik kampung, aku membeli daging itu sebanyak 1kg tetapi aku cuma ambil 500gram sahaja, yang selebihnya aku bawa balik ke kampung untuk memberi kepada keluarga aku untuk merasa daging rusa... Maklum sahaja, daging rusa agak mahal harganya jika dibandingkan dengan harga daging lembu... Aku berdoa agar esok aku akan sembuh sedia kala kerana aku tidak mahu terlepas peluang untuk mengucapkan selamat hari raya kepada rakan-rakan aku, terasa rindu pula pada tempat kerja aku... Sebenarnya aku berasa seronok bekerja di tempat aku sekarang ini.. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia adalah tempat kerja aku sekarang dan Insya Allah akan berkekalan hingga aku ingin mencari angin yang lain... Tetapi setakat ini aku tidak mendapat apa-apa berita lagi tentang pertukaran dan jikalau ada pertukaran, aku berharap agar biar berdekatan antara Putrajaya, Nilai (Negeri Sembilan), Sepang (Selangor) atau Kuala Lumpur kerana aku sudah membeli rumah di sini... Sepanjang 8 tahun 11 bulan aku berkhidmat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia a.k.a. JBPM adalah jabatan yang ketiga aku berkhidmat...  wahhh.... Aku sudah bekerja selama 8 tahun 11 bulan dan bulan depan tepat pada 1hb Oktober 2011 genap 9 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan.... Masih teringat lagi akan kisah-kisah lalu dan masih segar lagi ingatan takala aku menyewa di bandar besar seperti Kuala Lumpur... Pelbagai kisah suka dan duka telah berlaku semasa aku bekerja sebagai pembantu perpustakaan... Sebut pasal itu, aku teringat yang arwah nenek aku meninggal sebulan sebelum aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur... Arwah Babah yang sememangnya aku rapat dengan arwah dan aku terasa rindu pula pada arwah Babah.... huhuhu kemudian arwah datuk aku pula menyusul dan apa yang membuatkan aku terkilan adalah arwah atok a.k.a. habib tidak sempat tengok aku melangsungkan perkahwinan... huhuhu sedih pula rasa di hati tetapi apakan daya, Allah lebih sayangkan kedua-dua arwah Babah dan Habib aku.... Akan aku sedekahkan Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin kepada kedua-dua arwah..... 

Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧