✿Sahabatku✿

Follow

Saturday, October 01, 2011

1st October 2011

Hari ini sudah genap selama 9 tahun aku bekerja sebagai Pembantu Perpustakaan di jabatan kerajaan. Syukur aku kepada Allah kerana dengan rahmat Nya aku masih dapat bertahan dengan pekerjaan aku ini... Aku berasa amat seronok dan gembira dengan kerja aku walaupun banyak perkara yang perlu aku lakukan... Kereta aku pun sudah siap diperbaiki dan aku dapat rasa kelainan sewaktu mengambil kereta tersebut manakala hubby pula menaiki motorsikal untuk ke tempat bengkel...Kemudian dia terus ke kedai gunting untuk menggunting rambut dia yang panjang... Tetapi di dalam kegembiraan, ada kedukaan berlaku... Jiran aku meminta kebenaran dengan kami untuk mengambil salah seekor kucing kesayangan kami untuk di bawa pulang ke rumah kerana anak perempuan jiran aku amat menyukai haiwan comel itu...  Dengan rasa berat hati aku pun membenarkan jiran aku mengambil salah seekor kucing dan aku harap mereka dapat menjaga kucing itu dengan sebaik mungkin...Nama? Kucing yang mereka ambil adalah kucing jantan nama Panjang... Aku harap saudara kandung dia tidak akan perasan kehilangan Panjang... huhuhu sedih pula rasa di hati tetapi sekurang-kurangnya aku mendapat sedikit pahala kerana menolong orang... Cuaca pula adalah pada waktu pagi begitu baik dan cerah sekali tetapi pada jam 2.30 petang mendung mula melanda dan kemudian diikuti hujan turun dengan lebatnya dan diikuti dengan guruh dan kilat... Pakaian yang dibasuh tidak sempat kering sepenuhnya dan aku terpaksa mengangkat pakaian aku dan masuk di dalam rumah... Hujan turun sehingga pukul 5.30 petang dan pada masa itu sudah agak terlambat untuk menjemur pakaian aku...



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧