✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, October 20, 2011

20th October 2011

Minta maaf pada semua kerana 2 hari lepas aku tidak dapat mengemaskini blog aku, kerana aku mengalami sakit senggugut dan memaksa diri untuk bercuti selama 2 hari...Selama aku bercuti ini, aku tidak dapat melakukan apa-apa kerja sekalipun untuk membasuh pinggan dan makan lantaran sakit yang teramat sangat... Hubby pula menunjukkan rasa simpati dia pada aku dengan membawa aku ke klinik untuk mendapat rawatan... Terima kasih hubby kerana membawa sayang ke klinik! Jadi hari ini aku tiada cerita yang menarik untuk dikongsi kerana sakit aku mula menyerang lagi... Tetapi aku akan menceritakan tentang kata-kata hikmah daripada petikan sumber-sumber internet...Sama-sama kita hayati... 






Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka )
 
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka)
 
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka)
 
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka)
 
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka )
 
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka)
 
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis )
 
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka )


Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧