✿Sahabatku✿

Follow

Friday, October 21, 2011

Selamat Hari Lahir, Suamiku Yang Tercinta!!!

Akhirnya aku dan boss telah dapat pergi ke Alamanda kerana sudah hampir 3 minggu kami tidak singgah ke sana...Kami sempat singgah ke McDonalds untuk hidangan makan tengahari dan selepas itu kami pergi ke pasaraya untuk membeli sedikit barang... Kemudian kami pulang ke office dalam masa 1 jam kerana waktu rehat untuk hari Jumaat biasanya agak panjang daripada biasa... Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke office, hujan mulai turun dengan lebatnya dan kami bersyukur kerana hujan rahmat telah turun... Macam biasa aku harap esok hujan tidak akan turun kerana aku mahu lakukan rutin mingguan aku... Apapun yang pasti aku akan membasuh banyak pakaian dan cadar... aku mengagak ada dalam 6 trip akan berlaku, sekiranya terlalu banyak aku akan sambung untuk membasuh keesokan harinya.. Oh ya! Hari ini adalah hari lahir hubby! SELAMAT HARI LAHIR HUBBY! Semoga hubby akan sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dirahmati dan dilindungi Allah selalu... Aku membeli kek Coklat Cappucino Moist manakala hadiah pula aku berikan pada hubby sebatang joran dan dompet baru... 

SELAMAT HARI LAHIR HUBBY!!! Macam mana, nampak sedap bukan?!!

Hari ini aku akan menceritakan tentang satu lagi mutiara kata, petikan dari sumber internet...




Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali )
 
Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib )
 
Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. 
( Hamka )
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka )
 
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis)
 
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis )
 
Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.
 
Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
 
Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.
 
Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
 
Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.
 
Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.


Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧