✿Sahabatku✿

Follow

Friday, October 28, 2011

28th October 2011

cute-desi-glitters-191Hari ini macam biasa aku dan boss akan pergi ke Alamanda untuk membeli hidangan makanan tengahari kami... Kali ini seorang lagi sahabatku Kak Yan telah mengikut untuk tujuan yang sama....Hidangan kami adalah macam biasa kerana hidangan itu menjadi kegemaran kami... hehehe... Hari ini hubby berada di rumah kerana semalam dia telah masuk kerja malam, jadi semalam aku tidur keseorangan.. Tapi seronok juga kerana hanya aku yang menguasai katil dan bantal keseluruhannya... Kalau tidak aku sentiasa bergasak dengan hubby lantaran berebut bantal... Sebab itu di bilik tidur kami penuh dengan bantal, satu tabiat yang tidak dapat diubah lagi... Hubby juga seperti aku, sukakan bantal banyak sehingga boleh dibuat kubu keliling kami... hehehe aku tidak dapat bayangkan macam mana kalau kami sudah mempunyai beberapa orang anak, sudah tentu salah seorang dari mereka atau semua sekali akan mengikut jejak langkah kami... Mungkin satu rumah ini penuh dengan bantal... hehehe Gerun juga rasa di hati tetapi apa boleh buat, sememangnya aku dan hubby tidak dapat tidur lena jikalau bantal hanya sedikit... Hari ini cuaca agak cerah dan semestinya aku harap esok akan sentiasa cerah,jadi aku boleh melakukan rutin mingguan aku... hujung minggu ini adalah hujung minggu terakhir aku berada di rumah kerana minggu depan iaitu pada 5hb November ini,kami akan balik ke kampung hubby untuk meraikan hari raya Aidiladha... lepas itu aku akan bekerja selama 2 hari dan kemudian aku akan pulang ke Terengganu... Sememangnya minggu depan adalah merupakan minggu yang sibuk untuk aku... Ehh.. Okey, kawan-kawan, kita jumpa lagi esok hari....



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧