✿Sahabatku✿

Follow

Sunday, October 02, 2011

2nd October 2011

Al-Hamdulillah, walaupun cuaca hari ini agak mendung dan sejuk, pakaian kami semua telah kering sepenuhnya dan kini adalah acara melipat dan menggantung pakaian... Terasa penat melanda tubuh aku kerana kami baru pulang dari pasaraya Giant untuk membeli barang keperluan dapur kepunyaan abang ipar aku... Kemudian kami menghantar semua barang keperluan itu di rumahnya. Abang ipar aku belum pulang dari kerja dan hubby telah meletakkan makanan tersebut di dalam rumah lantaran hubby mempunyai satu set salinan kunci rumah supaya senang dia meletakkan barang keperluan dapur... Hari ini aku dan hubby membeli makanan segera iaitu A&W Double Deluxe Burger 2 set... Setelah selesai makan malam, aku pun mula operasi melipat dan menggantung pakaian harian dan pakaian kerja... Cerita pasal kucing, aku mendapati salah seekor kucing aku iaitu Koko, bagai telah mengetahui kehilangan saudara kandung dia dan tidak mahu makan lantaran hilang selera makan..Mungkin dia rindukan saudara kandung yang diambil orang itu manakala dua ekor lagi nampaknya seperti masih tidak perasan akan kehilangan salah seekor daripada mereka... sedih pula rasa di hati melihat kesayuan di wajah Koko... Akhirnya aku berjaya menyiapkan semua kerja rumah sebelum pukul 12.00 tengah malam dan aku perlu bersiap-siap untuk menggosok pakaian kerja aku dan hubby... Okey, selamat malam kepada semua kawan-kawan....



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧