✿Sahabatku✿

Follow

Monday, October 03, 2011

3rd October 2011

Hari Isnin, 3 Oktober 2011 bersamaan 5 Zulkaedah 1432H... Umat Islam kini sedang bersiap sedia untuk menunaikan fardhu haji di Mekah Al-Mukarammah... Bila agak aku dapat peluang untuk menunaikan haji di Mekah Al-Mukarammah? Adakah pada waktu itu umur aku masih panjang dan kudrat aku masih kuat? Ya Allah, aku amat merindui dan ingin sekali pergi ke Tanah Suci Mu...Pagi tadi aku menelefon ummie dan abah untuk bertanya khabar mereka dan Al-Hamdulillah mereka masih sihat dan bertenaga walaupun sudah lanjut usia... Ummie akan bersara dari perkhidmatan pada tahun 2013 dan Ummie amat berhajat untuk ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarammah dengan membuat umrah... Ummie mengajak aku dan hubby untuk sama-sama pergi ke Mekah bagi mengukuhkan ibadah dan berdoa agar kami dikurniakan zuriat... Sebut pasal zuriat, hari ini berita yang agak mengecewakan telah berlaku, seorang bayi dicampak dari tingkat 2 di Gombak.... Sedih rasanya melihat nasib malang menimpa bayi berkenaan.. Apa salah bayi itu hingga dihina sebegitu rupa... Kasihan betul bila mengenangkan nasib malang menimpa bayi itu? Tidak takutkah gadis itu pada dosa yang dilakukan? Tidak ada rasa perikemanusiaan di hati dia sehingga sanggup membunuh anak yang dikandungnya sendiri? Sudah lupakah akan kesakitan yang ditanggung oleh gadis ini semasa melahirkan anak?




ANGGOTA polis mengambil mayat bayi untuk dibelah siasat selepas dicampak remaja dari tingkat dua Flet Taman Selayang Segar, semalam.



Remaja cuba elak kelahiran diketahui

GOMBAK: Seorang remaja perempuan menangis teresak-esak apabila ditahan polis tidak sampai sejam selepas mencampakkan bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat dua ke dalam longkang di Flet Taman Selayang Segar di sini, pagi semalam.
Remaja berusia 19 tahun, pekerja pelatih sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, dipercayai melahirkan bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dalam tandas rumah didiaminya bersama lapan pekerja wanita restoran sama kira-kira jam 4 pagi.
Bayi itu ditemui mati tertiarap dalam keadaan bogel di longkang flet berkenaan oleh penduduk kira-kira jam 7.30 pagi yang sebelum itu mendakwa mendengar bunyi seperti bungkusan sampah dicampakkan dari tingkat atas.

Suspek yang masih bujang dan baru bekerja di restoran itu dua minggu lalu, mengaku membuang bayinya dari koridor tingkat dua flet bagi mengelak kelahiran bayinya diketahui rakan serumah.


Namun, perbuatannya dapat dikesan selepas polis menemui titisan darah yang baru dicuci di lantai flet hingga depan pintu rumah sewanya. Suspek pada mulanya memberitahu sedang datang bulan, tetapi akhirnya mengaku selepas disoal siasat.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata berdasarkan siasatan awal polis, suspek mengaku melahirkan bayinya tanpa disedari rakan serumahnya termasuk empat warga Indonesia yang sedang tidur.

Beliau berkata, suspek mendakwa bayinya sudah meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan sebelum membuangnya ke dalam longkang bagi mengelak kelahiran bayi itu diketahui rakan serumah.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti sama ada bayi itu benar-benar meninggal dunia sebelum dicampak suspek.
“Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala suspek dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dengan kawalan polis,” katanya.

Difahamkan, rakan serumahnya tidak mengetahui remaja itu mengandung kerana tubuhnya gempal.
Penduduk flet, Zahrizan Shahari, 27, berkata beliau baru pulang ke rumah dari kampungnya di Jengka, Pahang, sebelum ditegur seorang jiran yang memberitahu ternampak objek seakan-akan bayi dalam longkang.

Zahrizan berkata, beliau kemudian menghampiri longkang itu dan terkejut sebaik melihat mayat bayi perempuan dalam keadaan tertiarap sebelum menghubungi polis.
Sementara itu, seorang bayi dipercayai berbangsa Myanmar ditemui masih hidup yang diletakkan di dalam kotak di lorong belakang sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh di sini, petang semalam.

Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui seorang jururawat klinik swasta berkenaan selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki yang secara kebetulan terdengar tangisan bayi berkenaan.
Ekoran keadaan bayi yang masih berlumuran darah dipercayai baru dilahirkan, jururawat itu membawanya ke kliniknya untuk diberikan rawatan. Selepas dibersihkan dan diperiksa, bayi yang disahkan dalam keadaan sihat itu diserahkan di Balai Polis Sent


Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧