✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, November 15, 2011

15th November 2011

Al-Hamdulillah, akhirnya semua majlis berjalan dengan lancar dan akhirnya aku dan hubby dapat merehatkan badan... Aku mohon maaf kerana semalam aku tidak dapat mengemaskini blog lantaran semalam hari yang sibuk untuk mengemas semua barang-barang kenduri..Letih menguasai badan kami tetapi hati kami puas kerana ramai tetamu yang hadir ke majlis itu dan semuanya berpuas hati dengan layanan kami... Pada hadirin yang kami tidak sempat melayan, kami mohon maaf di atas kecuaian kami, bukan kami sengaja mahu menyisihkan anda tetapi keadaan menjadi kelam kabut sekejap sampaikan kami tidak sempat menjamah makanan walau sedikit... Tetapi segala penat lelah kami akhirnya dapat ditebus semula... Aku dan hubby telah mengambil cuti selama seminggu di sini dan Insya Allah jika tiada halangan kami akan membuat majlis menyambut menantu di Rantau Panjang pada hari Jumaat ini... Kemudian pada hari Sabtu kami akan pulang ke rumah di Sepang... Aku sudah mula merindui kucing-kucing aku di rumah kerana di rumah ini juga family aku membela kucing... Huarrggghhh....Mata aku sudah mengantuk dan aku perlu merehatkan badan... Insya Allah aku akan mengemaskini lagi entri ini sekiranya ada kelapangan masa...Jumpa lagi... Selamat malam semua...



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧