✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, November 02, 2011

2nd November 2011

Good NightPenat rasanya hari ini kerana kerja katalog buku sememangnya banyak dan memenatkan mata.. Aku menghadap komputer selama 3 jam tanpa henti menyebabkan mata aku jadi pinar dan penat... Aku harap tahun depan semua kerja katalog ini akan siap sepenuhnya dan membolehkan aku membuat kerja yang lain pula...Cuaca pula sudah memasuki musim hujan atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh... Biasanya pada musim ini, negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengalami banjir yang teruk, tetapi ada juga negeri-negeri lain akan mengalami fenomena yang sama... Mereka sekarang ini telah bersiap sedia untuk menghadapi banjir... Tambahan pula, sekarang ini, negara Thailand dan Vietnam telah mengalami banjir dan ini memburukkan lagi keadaan... Sewaktu aku menulis entri ini, hujan telah turun dengan lebatnya dan pada pukul 5.30 petang awan gelap telah menyelubungi langit dan ianya seperti waktu malam, petanda hujan akan turun dengan lebatnya... Aku teringat semasa aku masih kecil dulu, aku selalu mandi air hujan dan ianya amat menyegarkan badan... Kadang-kadang sewaktu aku pulang dari sekolah, aku selalu mandi air hujan kerana ingin cepat sampai ke rumah... Masih tergiang-ngiang lagi di telinga aku bunyi air berkocak di dalam kasut aku... berdecap-decip bunyinya... Hujan sebenarnya membawa rahmat kepada kita walaupun kadang kala kita nampak hujan seperti kejam dengan alam semulajadi... Tetapi hujan sebenarnya bagus untuk tanaman dan seisi alam dunia ini... okey, kawan-kawan, aku mahu tutup komputer dan internet kerana mata aku sudah mengantuk... Selamat malam dan semoga mendapat mimpi yang indah... Insya Allah kita jumpa lagi esok....



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧