✿Sahabatku✿

Follow

Friday, November 04, 2011

4th November 2011

Hari Jumaat sudah kembali lagi...Terasa amat laju sahaja masa berlalu...Rasanya seperti semalam baru hari Jumaat...Malam ini aku mula membasuh semua pakaian aku dan hubby kerana petang esok kami akan bertolak pulang ke kampung halaman hubby untuk meraikan Hari Raya Aidiladha.... Dan minggu depan aku akan berada di kampung halaman aku untuk meraikan hari perkahwinan kedua-dua orang adik aku... Aku harap agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan semuanya baik-baik belaka...Aku juga berharap jalan tidak sesak untuk esok hari kerana aku tahu ramai warga kota akan pulang ke kampung pada petang esok kerana lusa adalah hari kebesaran Islam... Ya Allah, hati ini sudah tidak sabar untuk meraikan Hari Raya Aidiladha dan menghayati erti pengorbanan....  Pakaian pun sudah dikemas dan dimasukkan dalam beg pakaian, tapi aku bawa cuma sedikit pakaian sahaja kerana kami akan menginap di rumah keluarga hubby selama 3 hari 2 malam... Okey, kawan-kawan setakat ini dulu coretan aku... Insya Allah kita akan jumpa lagi...





Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧