✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, December 14, 2011

14th December 2011

 
Al-Hamdulillah, kita semakin hampir untuk mengakhiri tahun 2011...Apakah matlamat kita untuk tahun hadapan? Adakah kita ingin terus maju atau sebaliknya? Adakah kita fikir kehidupan kita ini sudah cukup bagus atau sebaliknya? Fikirkan dan tanya pada diri sendiri.... Tahun ini sudah tentu kita mempunyai banyak pengalaman hidup, sama ada pengalaman manis atau pahit, kenangan manis atau sedih.... Kehidupan mesti diteruskan dan teruskan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri... Kemewahan tidak menjanji apa-apa kebahagiaan dan kesedihan tidak akan selama kekal.... Apa yang perlu kita lakukan hanya beribadat dan bertaubat kepada Allah, sentiasa berzikir kepada Allah... Kita perlu ada mind set dalam fikiran kita yang Allah amat sayang pada hamba Nya, sebab itu Dia berikan kita pelbagai dugaan agar kita dapat menjadi umat yang diredhai oleh Allah... Al-Hamdulillah, sejak akhir-akhir ini aku telah memperbaharui diri aku dan hampir setiap malam aku akan membaca Al-Quran sekurang-kurang 2 kali sehari... Aku berharap agar aku dapat kekalkan apa yang aku lakukan ini sehingga akhir hayat aku... Bila teringat pada kematian, aku terasa begitu takut kerana aku tidak tahu sama ada ibadat aku ini diterima oleh Allah atau tidak.... Aku berasa amat takut untuk berdepan dengan Allah, bagaimana keadaan aku di akhirat kelak... Adakah aku akan menerima banyak pahala atau sebaliknya... Apa yang aku lakukan sekarang ini adalah untuk bekalan hidup aku di akhirat nanti... Aku harap taubat aku diterima oleh Allah kerana aku sebagai insan yang kerdil di sisi Allah, tidak pernah lari dari kesilapan... 
 


------------> okey, jam sudah memasuki 11.30 malam dan aku perlu masuk tidur untuk berehat... Insya Allah, semoga kita jumpa lagi di lain kali... Salam sayang buat semua....



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧