✿Sahabatku✿

Follow

Monday, December 05, 2011

5th December 2011

Monday blues... Itulah yang sering diperkatakan oleh setiap orang...Seperti biasa aku akan ke tempat kerja untuk menyara kehidupan aku dan dapat menolong hubby di kala kesusahan... Hari ini juga aku dapat menjalankan ibadah puasa ganti dan Al-Hamdulillah aku dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna... Masih ada 3 hari lagi aku dapat menyempurnakan semua puasa ganti dan aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.. Oh ya! Tiga minggu lagi aku akan pergi ke Hospital Seremban untuk membuat pemeriksaan kesihatan, kamu semua doakan kesejahteraan aku yea! Bulan depan kita akan memasuki tahun baru dan setakat ini Al-Hamdulillah aku dapat kembali ke pangkal jalan dengan adanya bantuan dari Al-Quran dan Sunnah...Bila aku fikirkan kematian, hatiku ini terasa berdebar-debar kerana memikirkan tentang nasib aku di sana... Apakah bekalan aku mencukupi untuk ke sana dan adakah persiapan telah dibuat secara rapi? Ngeri rasa di hati bila memikirkan semua ini.. Hari ini cuaca amat baik tetapi bila di waktu petang, cuaca bertukar menjadi hujan lebat dan hampir di semua kawasan rendah dinaiki air... Kelantan, Terengganu bakal menerima gelombang banjir yang kedua manakala di Johor dan Perlis telah mengalami banjir yang agak teruk keadaannya... Aku harap di kawasan kampung aku tidak dinaiki air kerana aku bimbangkan keselamatan ahli keluarga aku... Apapun aku berdoa agar semuanya akan selamat sejahtera...



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧