Diari harian

Thursday, December 08, 2011

Selamat hari lahir abah! Semoga abah sentiasa sihat, murah rezeki, dirahmati dan dilindungi Allah SWT... Kami akan doakan kesejahteraan abah dan kami harap abah akan bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan.. Pagi tadi aku ada menghantar pesanan ringkas (SMS) pada ayah dan curiga sama ada pesanan itu telah sampai atau tidak...Kemudian aku menelefon dan bertanya khabar...Dia mengucapkan terima kasih kerana aku teringat pada hari lahir dia....Pelik tetapi benar... Tarikh lahir ayah aku sama dengan tarikh lahir aku, cuma diterbalikkan sahaja... Mungkin disebabkan itu, aku sebenarnya lebih rapat dengan ayah berbanding dengan ummie tetapi sekarang ini aku menjadi lebih rapat kedua-dua belah pihak... Al-Hamdulillah, Allah permudahkan urusan hamba Nya dengan menunaikan segala doa aku dan di dalamnya aku memohon keampunan dari Allah dan memohon supaya Allah mengampunkan dosa-dosa mereka... Tanpa kedua-dua ibu bapa aku, siapalah diri ini? Sepatutnya hari ini adik perempuan aku akan bertolak ke KL dan bila aku menelefon, dia mengatakan yang dia dan hubby akan bertolak selepas waktu Zohor... Hmmm... Memang lewat masa perjalanan mereka tetapi tidak mengapa... Mungkin esok atau lusa kami akan berjumpa... Insya Allah... Hari ini aku berjaya memasak sup tulang kegemaran hubby dan malam ini dia kena bekerja, aku akan keseorangan lagi tetapi tidak mengapa kerana aku tahu hubby cuma mencari rezeki untuk kami berdua dan aku faham tentang situasi kerja hubby...  Aku juga telah berjaya menyelesaikan sebahagian masalah kerja aku dan Insya Allah aku akan menyambung kembali, iaitu menyenaraikan judul buku untuk dimuat turun di dalam blog library aku... Okey, aku hendak bersiap-siap untuk bersolat Isya' kerana aku baru sahaja selesai menggosok pakaian kerja aku...Hubby pun telah lama pergi kerja dan jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam dan mata aku pun mengantuk...Insya Allah kita akan jumpa lagi esok....



Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧