✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, January 03, 2012

Hari ini adalah permulaan hari bekerja, memang sibuk sekali hari ini kerana hari ini bermula tugasan baru yang perlu aku lakukan... Aku perlu menyiapkan fail meja dan senarai tugas aku untuk penilaian tahun lepas... Nasib baik aku sudah mencapai sasaran kerja tahunan aku dan sekarang ini aku perlu menumpu perhatian untuk membuat cataloging buku yang sebelum ini sudah kehilangan data di dalam sistem library... Akan tetapi setiap berita baik mesti akan ada berita buruk... Berita buruk adalah hari ini di office aku tiada air dan bekalan penyaman udara dihentikan sementara, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya kehidupan kami hari ini... Jika ketiadaan penyaman udara tidak mengapa, tetapi kami tidak boleh tahan sekiranya air juga tidak dibekalkan... Memang gamat suasana pada hari ini sehingga ramai yang terpaksa keluar masuk untuk ke tandas berhampiran dan aku juga tidak ketinggalan turut terpaksa keluar masuk office... Al-Hamdulillah, cuaca pada hari ini agak cerah walaupun kadang kala mendung datang sesekali... Petang tadi aku singgah ke pasar malam untuk membeli makanan kegemaran hubby, iaitu nasi ambang yang dikatakan berasal dari Tanah Jawa... Aku tidak gemar sangat dengan makanan itu lantaran ianya bercampur aduk dengan bihun goreng tetapi hubby aku memang menyukai makanan itu, Insya Allah aku akan mencuba resipi itu, cuma antara berani ambil risiko atau tidak sahaja.... Aku pula tengahari tadi aku menemani sahabat aku ke kedai roti dan kek untuk membeli kek hari lahir hubby dia yang jatuh pada hari semalam... Dia membeli kek coklat dan aku pula membeli roti kegemaran aku kerana aku cuma mahu makan roti sahaja untuk hidangan makanan tengahari aku... Nasib baik aku membeli banyak roti jadi malam ini aku cuma makan roti bersama-sama dengan hubby tercinta.... Hari ini adalah hari terakhir cuti sekolah dan esok para ibu bapa akan mulai sibuk menguruskan anak-anak yang akan pergi ke sekolah, sama ada tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah... Minggu depan pula para graduan kolej dan universiti akan memasuki semester baru, memang sibuk betul mereka dan mungkin anda juga terlibat dengan aktiviti ini, bukankah begitu??? 




Okey, malam semakin tua dan aku perlu masuk tidur, Insya Allah kita akan jumpa lagi esok.... Tata








Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧