✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, February 07, 2012

Al-Hamdulillah, segala-galanya berjalan dengan baik dan aku telah selesai memakan ubat yang diberi oleh doktor.... Cuma apa yang tinggal adalah aku perlu disuntik untuk kali terakhir malam esok untuk memecahkan telur tersebur dan aku akan membuat rawatan IUI pada hari Ahad ini...Kawan-kawan doakan kejayaan kami agar kami dapat cahayamata yang kami idamkan selama ini... Setelah 5 tahun kami berkahwin akhirnya dapat juga tercapai impian untuk memiliki seorang cahayamata...So, hari ini aku cuma berehat sahaja di rumah dan tidak banyak bergerak kerana doktor menyarankan agar supaya berehat... hehehe... Tetapi walaupun aku berasa seronok bila balik kampung, aku teringat pada si comel aku di rumah, apa yang mereka makan yea?adakah mereka semua pandai cari makanan atau sekadar tunggu di pintu dapur untuk meminta makanan... Aku segan hendak minta pertolongan dengan jiran lantaran dia mempunyai suami dan anak yang hendak diuruskan... Aku cuma bertawakal sahaja pada Allah agar mereka semua selamat....


----------> Okey, setakat ini dulu coretan aku...Insya Allah aku akan berusaha untuk mengemaskini blog ini di semasa ke semasa bergantung pada keadaan.... Selamat malam semua...



Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧