✿Sahabatku✿

Follow

Friday, February 17, 2012

Letih betul rasa hari ini walaupun aku tidak banyak melakukan kerja seharian....Aku berasa amat beruntung kerana mempunyai rakan sekerja yang amat memahami dan bertimbang rasa... Walaupun bos aku tidak ada bersama-sama kerana cuti bersalin tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk melakukan kerja yang terbengkalai dan yang aku tinggalkan selama seminggu aku bercuti... Memang banyak kerja yang perlu aku selesaikan tetapi aku tidak boleh setangkas seperti dahulu kerana pada masa ini keadaan fizikal aku tidak mengizinkan aku bergerak dengan cergas... harapan aku adalah aku perlu menyiapkan sebanyak mungkin kerja-kerja yang terbengkalai akan habis sebelum kami dipindahkan ke bangunan yang baru... Sekarang ini aku sedang menemani hubby untuk membasuh pakaian kerana sepatutnya itulah rutin aku mingguan tetapi oleh kerana aku tidak dapat melakukan kerja itu, hubby terpaksa mengambil alih kerja aku... Maafkan sayang, wahai hubby... Perkara ini tidak akan lama berlanjutkan, setelah sayang sihat nanti, sayang akan membuat semua kerja itu... hehehehehe.... Minta tolong yea....

Okey, setakat ini dulu coretan aku untuk hari ini... Insya Allah kita akan berjumpa lagi di lain waktu... Salam sayang buat semua... selamat malam....






Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧