✿Sahabatku✿

Follow

Friday, March 23, 2012


Bosan rasanya bila melihat berita di tv dan suratkhabar, semuanya cerita yang membosankan yang kadang kala aku sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku di sekeliling... Alam maya ini luas tetapi bila baca suratkhabar tentang hal yang sama diperkatakan... hehehehe apa yang aku merepek ini? Itulah gara-gara bosan melanda diri bila tiada teman di sisi... Chewah... Maklum sahaja, pegawai aku cuti bersalin selama 3 bulan, itu yang aku merepek dan merapu sebenarnya untuk hilangkan rasa bosan di hati... Kerja memang banyak kerana data katalog buku sebelum ini banyak yang sudah hilang dan aku cuba untuk membuat katalog itu semua... BOSAN DENGAN KERJA??? Sebenarnya aku sememangnya suka dan gemar pada kerja ini tetapi kadang-kadang internet di tempat kerja aku ini sangkut dengan tiba-tiba, apa lagi penyakit MALAS mula menyerang hati ini... huhu itu yang aku TERPAKSA membaca buku atau print apa-apa yang patut... hehehe....
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧