✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, March 07, 2012

SK Al-Khishbun


SK Al-Khishbun, aku baru sahaja menemui satu lagi produk baru untuk kehamilan, mudah-mudahan dengan minuman tambahan ini akan dapat membantu aku dalam untuk mendapatkan zuriat yang diidam-idamkan... SK Al-Khishbun ini berasaskan minuman susu kambing yang ummie aku selalu suruh minum.... hehehe aku sememangnya kurang gemar minum susu tapi apakan daya, aku kena cuba berusaha juga kerana Allah tidak akan tolong umatnya berubah sekiranya mereka sendiri tidak mahu berubah... Kena ada usaha juga selain daripada tawakal... Betulkah cakap aku ini?? 



Kandungan


Susu Kambing, Habbatus Sauda, Estrak Stevia, Serbuk Bunga Kurma Madinah dan herba-herba campuran dari Tanah Arab.
 

Cara Pengambilan
1 skop sebelum sarapan dan 1 skop sejam sebelum tidur. Dibancuh dengan air suam (200ml) @ secawan.

*      Mulakan dengan bacaan Bismillah, selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan berniatlah. Untuk lebih keberkesanan diamalkan setiap hari selama 1 tahun.

Dari Saidatina Aisyah r.a. telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. “sebaik-baik amalan kepada Allah s.w.t. adalah perbuatan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit”.               
                                                                        (Hadis riwayat Al-Imam Muslim)


FAKTA KANDUNGAN

SUSU KAMBING

Susu Kambing merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Kandungan Kalsium dan Phosporos yang terkandung di dalam susu kambing hampir sama dengan susu ibu. Jumlah protein, vitamin A, mineral dan zat besi dalam susu kambing ternyata melebihi dari susu lembu. Susu Kambing mempunyai sifat alkali yang mampu membantu memaksimumkan penyerapan zat dalam badan dan menurunkan kadar asid dalam darah. Juga meningkatkan daya imunisasi badan dan menyah-toksid dalam darah. Susu Kambing mempunyai saiz molekul yang kecil berbanding susu lembu bagi mempercepatkan penghadaman.  Mengandungi faktor bio-aktif seperti IGF-1 yang tinggi dan asid CLA (conjugated linoleac acid) sebagai agen anti kanser. Selain dari sudut kesihatan, penggunaan susu kambing yang konsisten mampu memulihkan tenaga batin.

SERBUK BUNGA KURMA MADINAH

Serbuk bunga kurma 100% mirip dengan cairan sperma kaum lelaki ini diambil dari pucuk bunga kurma pilihan di kebun kurma Madinah. Pokok kurma mesti disenyawakaan oleh tangan manusia sahaja, sebab pokok kurma ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. Tabib Arab mengunakannya sebagai herba penambah hormon serta mengentalkan sperma. Juga dikatakan sesuai sebagai kaedah rawatan bagi memperolehi zuriat. Menjadi amalan pasangan di Tanah Arab di awal perkahwinan kerana serbuk bunga kurma dipercayai mampu mengatasi kemandulan bagi suami isteri.
  
HABBATUS SAUDA

Habbatus Sauda adalah biji hitam yang telah digunakan ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara luas oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai penyakit. Biji habbatus sauda mengandung crystalline nigellon dan arganine, sebagai penstabil sistem imunisasi badan. Selain itu kandungan karotinnya mampu melumpuhkan radikal bebas penyebab kanser. Jenis habbatus Sauda yang paling baik untuk perubatan ialah yang di tanam di Syria dan di Mesir. Ianya mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan bahan aktif yang membantu kesihatan dan menunjukkan kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai pemakanan tambahan. Bahan-bahan dalam habbatus sauda saling bekerjasama dalam memberi kesan holistic (holistic effect) dan menyokong antara satu sama lain dalam proses penyembuhan semulajadi. Habbatus Sauda mengandungi Omega 3, 6 dan 9  dan merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak serta sangat berguna untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan akal.
  

ESTRAK HERBA STEVIA

Ekstrak daun herba Stevia mempunyai kemanisan sehingga 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa TETAPI apa yang unik mengenai pemanis semulajadi yang berasaskan Stevia ini, ianya mempunyai 0% kalori, 0% lemak, 0% kolestrol, 0% protin, 0% toksid, 0% glukos dan 0% karbohidrat. Hasil kajian menjelaskan bahawa 1 gelas gula biasa bersamaan dengan setengah sudu kecil ekstrak Stevia dan 10gm ekstrak Stevia boleh memaniskan kira-kira 400 gelas air.  Para saintis merumuskan Stevia yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan gula dalam badan. Memandangkan Stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes. Pengambilan Stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak akan memudaratkan memandangkan sifat daun stevia yang SIFAR SEGALANYA. Selain dari itu, penduduk di Brazil menggunakan daun stevia ini sebagai ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis dan merawat luka terbakar. 

HERBA CAMPURAN DARI TANAH ARAB

Rasulullah saw bersabda “Sekiranya umatku tahu akan kelebihan helba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan timbangan emas” (Book of Sufi Healing ms. 58). Herba Campuran ini mampu merangsang rahim, memanaskan organ pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Merupakan antara ramuan ubatan yang tertua di dunia. Campuran herba arab ini mampu melancarkan haid, menghilangkan senggugut, dan sering digunakan di dalam amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Zat paling lengkap untuk menjaga keseimbangan dan normal tubuh manusia. Mampu melambatkan proses penuaan dan membaiki saraf kelamin dan serta memulihkan tenaga batin. Ianya mampu meningkatkan stamina, menambah darah, memelihara ketegangan jasmani dan rohani dan sangat bermanafaat dalam mengaktifkan saraf dan menyembuhkan penyakit “dingin seks”.


Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧