✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, April 03, 2012

Alamak, tahun ini aku tidak dapat pergi mana-mana kursus lagi untuk cukupkan kuota kursus 7 hari setahun dalam perkhidmatan... Apa yang sesuai untuk aku pergi kursus ini agaknya?? Susah betul untuk dapat kursus ini kerana kursus sememangnya banyak pilihan tetapi kuota untuk pergi sahaja adalah terhad... Kursus di PNM atau INTAN atau JBPM atau KPKT??? Kursus di PNM atau lebih panjang lagi nama Perpustakaan Negara Malaysia memang banyak pilihan tetapi kebanyakan kursus yang ada adalah untuk sokongan I dan untuk sokongan II pula tidak banyak pilihan yang perlu dibuat...
Kursus INTAN pula Institut Tadbiran Awam Negara, banyak kursus berkaitan dengan bahasa, jika tahun lepas aku pernah berkursus bahasa Jepun, tahun ini aku fikir aku mahu ambil kursus bahasa Arab pula... Untuk JBPM pula, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, sebenarnya kursus tidak banyak yang berkaitan dengan kerja aku tetapi aku boleh pergi untuk mendengar ceramah dan taklimat sahaja... KPKT pula, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, aku rasa ada kursus yang menarik minat aku dan sahabat aku ini, tetapi nanti aku akan susun semula jadual kursus yang aku rasa aku mahu pergi...


Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧