✿Sahabatku✿

Follow

Sunday, February 26, 2012

7 Info Kesihatan Bayi

 
1. Jemur Bayi Pada Waktu Pagi
Sesetengah orang percaya amalan menjemur bayi waktu pagi adalah baik untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, boleh untuk anda ikut amalan ini tetapi bukan setiap hari.
Amalan yang mengatakan bayi perlu dijemur setiap hari adalah tidak betul sama sekali.
Jika anda melakukannya pun tidak perlu lama cukuplah selama 10-15minit pada jam 8.00 pagi (sebelum matahari terbit)
Sedikit sebanyak ia membantu bayi yang baru lahir terutama yang menghidapi penyakit kuning (Jaundis).
Ini kerana sinar matahari pagi membantu menguraikan bilirubin yang akan larut akan dikeluarkan sebagai urin.

2. Membiarkan Bayi Tidur dengan Botol Susu
Ramai orang tua beranggapan membiarkan bayi menghisap susu botol hingga dia tidur akan lebih memudahkan tugas anda terutamanya di malam hari.
Bayi yang terjaga apabila diberi susu botol akan mudah untuk menyambung tidurnya semula. Namun mungkin anda tidak ketahui bahawa cara ini boleh mengganggu perkembangan bayi. Dengan membiarkan bayi tidur bersama susu botolnya, susu akan terkumpul di gusi bayi mungkin akan menyebabkan karies gigi pada bayi.
Selain itu, bayi juga mudah terkena jangkitan telinga kerana
susu tersebut boleh memasuki bahagian saluran yang menghubungkan ke bahagian telinga. Oleh itu, pastikan anda segera mengalihkan botol susu sebaik sahaja bayi selesai menyusu atau apabila dia tertidur.


3. Mandi Air Sejuk Menjadikan Bayi Kuat
Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat.
Sudah tentu pendapat ini tidak benar sama sekali.
Malah air sejuk boleh membuat metabolisme dalam badannya meningkat, ini akan menyebabkan makanan yang diserap oleh tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula suhu badan.
Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam.



4. Air Liur Meleleh
Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, Jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan disekitar mulutnya.
Penghasilan air liur yang berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi.
Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaitan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu.


5. Muntah Setelah Makan atau Minum Susu
Setelah makan atau minum susu, mungkin bayi akan muntah sedikit ini berlaku mungkin kerana bayi terlalu kenyang atau banyak udara yang masuk ke perutnya sebelum atau sewaktu sedang minum susu.
Keadaan ini juga boleh berlaku apabila bengkung bayi dipakaikan terlalu ketat.
Selain itu, mungkin anda memberi makan atau minum susu dalam posisi bayi yang salah. Contohnya dalam posisi tidur telentang.
Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengelakkan bayi daripada muntah adalah sebaiknya buatlah bayi sendawa setelah makan atau minum susu.

6. Mendukung Bayi
Bayi akan berasa tenang apabila didukung namun cuba elakkan untuk menjadikan ia sebagai satu amalan bagi memanjakan bayi anda.
Ini kerana bayi yang terlalu biasa didukung dalam semua keadaan menyebabkan emosinya tidak terlatih untuk berdikari malah akan menjadi manja dan sentiasa mahu didukung.
Ini akan membuatkan bayi menjadi malas dan anda sendiri juga yang akan mengalami kesukaran kelak.

7. Berpeluh
Anda Mungkin beranggapan bayi yang kuat berpeluh menandakan dia sihat.
Tidak semestinya begitu.
Adakala peluh yang keluar berlebihan mungkin petanda bayi mengalami gangguan tertentu seperti tekanan, kalenjar berpeluh berfungsi secara berlebihan, kadar gula yang rendah atau berat badan yang berlebihan.

Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧