✿Sahabatku✿

Follow

Friday, March 16, 2012

Al-Hamdulillah, akhirnya buku sahabat aku dikeluarkan menjadi novel, dan ianya adalah novel pertama beliau. Aku terasa amat bangga dengan pencapaian dia.... hehehe sebenarnya aku sudah mengikuti novel ini sejak dulu lagi, cuma masa itu, novel ini adalah sebenarnya cerita pendek sahaja, tapi entah bagaimana ianya menjadi bab untuk penulisan telenovel... Tahniah aku ucapkan kepada sahabat aku Tinta Biru kerana berjaya membuat novel yang terbaik dan insya Allah akan ada novel yang baru, bukankah begitu?hehehe aku sudah berkata pada sahabat aku ini yang aku mahu buku percuma dan beliau setuju untuk memberikan aku satu naskhah buku... Terima kasih aku ucapkan pada dia kerana memberikan aku novel percuma...







Tajuk : Awas! Bila Hati Dah Sayang
Harga : RM 23 (Semenanjung)
RM 26 (Sabah / Sarawak)


Sipnosis - Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?






Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧