✿Sahabatku✿

Follow

Sunday, June 17, 2012

Hati aku terdetik sedih kerana melihat anak kucing aku si Comel mula sakit, akibat kekurangan susu... Sampaikan bila aku pegang badan, ianya mulai lembik menandakan tanda-tanda ianya akan mati... Sebab semasa kucing pertama aku Si Hitam mengalami sakit-sakit yang sama simpton dengan Si Comel, dan aku bawa dia jumpa dengan doktor, dia sendiri beritahu pada aku yang seandainya badan kucing mulai lembik, itu tandanya dia akan meninggalkan dunia ini tidak beberapa lama lagi... Si Comel aku sememangnya seekor anak kucing yang aktif tetapi sejak beberapa hari ini dia mula tidak mahu menyusu dan bila aku menyuakan ke tempat ibunya, dia langsung melarikan diri dan menyorok di balik kotak...

Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧