✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, June 26, 2012



Kalau semalam aku mengambil cuti rehat, hari ini giliran pegawai aku pula mengambil cuti rehat kerana pengasuh anak dia telah minta kebenaran untuk cuti rehat, jadi terpaksa mengambil cuti rehat bagi menjaga anak-anak dia... Kasihan tetapi kelakar... Ramai juga rakan-rakan bertanya pasal dia sampai aku naik letih untuk menjawab semua persoalan dia... Dalam unit kami ini, hanya kami berdua sahaja yang merupakan kakitangan perpustakaan... hehehe tiada orang lain melainkan kami berdua... Jadi mana-mana kami pergi, seolah-olah kami ini belangkas di mana ada pegawai di situ ada aku di sisi... hehehe seolah-olah kami tidak dapat dipisahkan... Aiseh... Ini tidak ada kena mengena hendak "mengipas" atau merasuah boss seperti dakwaan sesetengah pihak... Tidak mengapa, Allah tahu isi hati aku sama ada aku ini jujur di dalam pekerjaan atau tidak....
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧