✿Sahabatku✿

Follow

Sunday, June 24, 2012

Sedih : ((

Tepat jangkaan aku, anak kucing yang aku jumpa semalam telah mati...Badannya agak sejuk dan keras jadi aku jangka kematian dia mungkin berlaku pada tengah malam tadi... Rest in peace my poor kitten.... Mungkin juga ianya telah ditakdirkan yang Si Kecik tidak mempunyai anak dan sejak anak dia mati beberapa hari lalu, dia seolah-olah menjadi seperti seorang ibu yang mencari-cari anak, seolah-olah dia meroyan... Apa? Ingat manusia sahaja yang boleh meroyan, kucing pun tahu sayangkan anak jadi dia menjadi tidak tentu hala dan asyik mengiau mencari anak dia.... Kasihan betul aku melihat dia tetapi apa yang boleh aku lakukan selain membelai dia dan mengusap bulu dia agar dia menjadi tenang.... Esok aku mengambil cuti rehat kerana ingin menenangkan fikiran aku serta menemani hubby yang turut bercuti selama 4 hari berturut-turut mulai esok hingga hari Khamis ini... Sebabnya, mungkin hanya dia sahaja yang tahu tapi aku tahu yang sebenarnya dia masih lagi tidak sihat sepenuhnya....Batuk dia tidak berkurangan dan asyik batuk pada waktu malam khasnya... Tapi sebab utama aku hendak bercuti pada hari esok adalah kerana kami hendak pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bertanya tentang prosedur mengambil anak angkat.... Insya Allah aku akan maklumkan pada semua nanti....

Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧