✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, July 18, 2012

Dugaan Hidup.......



Memang dugaan betul pada malam ini... Kamu semua tahu apa yang terjadi pada aku tadi? KERETA KESAYANGAN AKU ROSAK!!! huhu ceritanya bermula pada pukul 5.40 petang di mana pada waktu itu memang waktu aku sampai ke tempat traffic light Dengkil-KLIA untuk sampai ke rumah... Hendak dijadikan cerita, kereta aku mula tersengguk-sengguk macam bateri hendak habis....

Pada mulanya aku ingatkan yang aku termasuk gear 4 kerana kereta tersengguk-sengguk tetapi rupa-rupanya memang aku masuk gear 2 untuk menggerakkan kereta... Kemudian, bila hampir sampai ke tempat traffic light, kereta aku terus mati enjin dan aku tidak boleh start enjin... Kemudian aku menelefon hubby untuk datang membantu..Agak lama juga kereta aku tersadai di tengah jalan sampailah ada sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki pertengahan umur datang membantu menolak kereta aku ke tepi jalan...Dia meminta bantuan sebuah motorsikal yang ditunggangi 2 orang pemuda untuk membantu dia menolak kereta... Kemudian dia berpesan pada aku supaya berhati-hati dengan peragut sekiranya ada berlaku... tetapi Al-Hamdulillah tiada apa yang buruk berlaku sebaliknya ramai yang menghulur bantuan kepada aku.... Hubby sampai setengah jam kemudian dia mula membaiki apa yang rosak... Rupa-rupanya bateri memang kosong terus dan hubby pergi membeli bateri yang baru bagi menggantikan bateri lama... 

Setelah selesai menukar bateri kami pulang ke rumah dalam pukul 8.30 malam dan aku bergegas memasak makan malam kerana aku tahu hubby belum makan sejak pulang dari kerja.... aku masak masakan yang ringkas sahaja manakala hubby pula membaiki saki baki kerosakan kereta....Itulah dugaan aku pada malam ini......
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧