✿Sahabatku✿

Follow

Monday, July 16, 2012

Isnin sudah kembali.....


Hari Isnin telah tiba kembali.... Memang masa begitu pantas bergerak kerana baru semalam hari minggu.... Cuaca pun kadang kala baik kadang kala tidak ok... Petang tadi semasa aku menghantar sahabat aku pulang ke rumah, hujan turun dengan lebat dan bila sampai di Kota Warisan, cuaca menjadi cerah dan kering... huhu... Memang cuaca tidak menentu sekarang ini... Part yang tidak best sekali adalah part aircond kereta aku sudah lama rosak dan tidak pasti berapa lama akan diperbaiki... huhu memang malang nasib aku kerana terpaksa berbasah sedikit kerana dibuka tingkap agar cermin dalam kereta aku tidak menjadi kelabu kabus.... Di kesempatan ini, Aku hendak mengucapkan TAHNIAH di atas kemenangan Dato' Fazley Yaakob kerana menjadi juara Masterchef Malaysia Celebrity yang pertama... Lagipun kemenangan ini sudah dijangka dari awal lagi sebab aku lihat dia begitu konsisten dengan masakan dia... Buat Angah Raja Lawak, anda tetap menjadi chef celebrity pilihan utama aku sebab anda juga layak untuk menjadi juara... 

Tapi bagi aku semua artis adalah juara sebab bukan senang hendak melihat mereka memasak di dapur... hehehe terutama artis lelaki kerana artis wanita sememangnya sedia maklum sebaik sahaja menjadi isteri dan ibu, mereka akan tentu memasak walau sesibuk mana pun mereka di luar atau di pejabat....MEMANG TERBAIK!!!!
Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧