✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, July 17, 2012

PaSaR mAlAm...^_^

Huiihh...Memang penat betul rasanya badan aku ini.... Daripada pagi sampai waktu pulang, kerja aku asyik mencari artikel untuk dimuat turun ke dalam blog perpustakaan aku... Hingga mata aku ini sampai naik juling ketika asyik mencari artikel sama ada dalam laman web ataupun majalah... Walaupun begitu, aku masih suka akan kerja yang menjadi mata pencarian rezeki aku..... Petang tadi hubby ada datang ke office aku kerana mempunyai satu urusan kerja di sini... Dia sempat singgah dan kami keluar makan dalam pukul 3 petang... Kemudian, lepas hantar sahabat aku pulang ke rumah, aku menuju denstinasi aku pula, dan hari ini merupakan hari Selasa....Hari ini di tempat tinggal aku, ada pasar malam sedang berlangsung... 

Pada mulanya aku teragak-agak sama ada aku patut singgah ke situ atau aku memasak sahaja di rumah tetapi memandangkan aku dan hubby baru sahaja makan pada pukul 3 petang tadi, aku memutuskan untuk membeli murtabak ayam dan daging serta satey ayam dan daging serta air soya panas.... Nasib baik aku membeli cuma makanan ringan sahaja kerana hubby mengatakan pada aku yang dia sudah kenyang dan tidak mahu makan nasi.... Semasa aku pergi membeli makanan di pasar malam, aku terserempak dengan sahabat aku yang merupakan jiran di taman aku iaitu Kak Noorhan bersama-sama dengan hubby dia... Mereka yang baru pulang dari bercuti ke Terengganu dan kami sempat berborak mengenai percutian mereka....Kak Noorhan bagitau yang mereka pulang ke Terengganu yang merupakan kampung hubby Kak Noorhan dengan menaiki bas ekspress...Kereta mereka tidak boleh bergerak dengan lebih jauh lagi kerana mengalami sedikit kerosakan... Kak Noorhan bagitahu pada aku yang dia sedang sakit demam dan tidak berapa sihat... Aku menasihati dia supaya menjaga diri dengan elok... Kemudian kami berpisah dan aku bergegas pulang ke rumah... Itu adalah sebahagian rutin mingguan aku kerana memang pada setiap hari Selasa, aku pasti singgah ke pasar malam untuk membeli barangan sama ada makanan atau barangan dapur....


Share:

0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧